herbalife malaysia
Anda perlu sihat untuk berasa sihat dan untuk itu, kesuburan sel-sel badan anda adalah penting. Di Herbalife, kami namakan proses ini sebagai Nutrisi Selular, asas saintifik bagi setiap produk keluaran kami. Nutrisi Selular ini membantu menyihatkan tubuh dan memberi khasiat kepada sel tubuh anda. Ianya adalah gabungan eksklusif nutrien berasaskan tumbuhan yang menyediakan vitamin, antioksidan dan mineral yang bertindak sebagai penyokong fungsi sel tubuh manusia.
Sebagai sebahagian dari diet yang menyihatkan, Nutrisi Selular bertanggungjawab menyediakan nutrien sihat yang diperlukan oleh semua sel di dalam tubuh manusia. Pentingnya proses ini adalah kerana sel-sel tubuh ini merupakan unit asas dalam sistem tubuh manusia. Ia menyediakan tenaga untuk semua tugasan manusia, tidak kira sama ada proses berfikir, hinggalah ke proses pembesaran.