Herbalife Malaysia Independent Distributor
BERITA DAN Events
Tanpa Ubat Tanpa Suntikan Hanya Dengan Nutrisi
-Selesaikan masalah berat badan anda sehingga 10 kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.
-Tidak perlu senaman,mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!
-Penampilan baru yang lebih muda & sedap mata memandang.
-Daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi.
-Tidak perlu berlapar. Masih boleh makan makanan kegemaran.
-Badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
-Tiada sebarang kesan sampingan.
-Program untuk turun berat badan, langsing badan ,kurus badan,diet secara semulajadi.
SITE CATEGORIES
-
Apa itu Herbalife?
-
Apa itu Nutrisi selular?
-
Apa itu obesiti?
-
Apa itu Kalori?
-
Apa itu metabolisme?
-
Apa itu Detoksifikasi?
Mobile No +6012-303 4882
|
Perunding dan Pengedar Herbalife Malaysia / Produk Herbalife/ Promosi Herbalife/ Herbalife Online
|
panduan pinjaman peribadi dan pinjaman bank
Perkara yang perlu pertimbangkan sebelum membuat pinjaman peribadi bank
Membuat pinjaman peribadi bank pada individu tertentu adalah sesuatu yang memudahkan, tetapi pada sesetengah orang membuat pinjaman dengan bank adalah satu perkara seumur hidup yang menyakitkan hati. Sudah lah banyak dokumen yang perlu disediakan, alih-alih pinjaman pula tidak dapat diluluskan… kenapa?
Pinjaman peribadi boleh dibuat dengan pelbagai alasan. Tambahan pula sekarang ini proses permohonan personal loan menjadi sangat mudah terutamanya pinjaman peribadi kepada kakitangan awam. Bank seperti Bank Rakyat, CIMB, Ambank dan BSN merupakan bank yang terkenal dengan pinjaman peribadinya. Hari ini proses kelulusan atau penolakan permohonan dapat diketahui dengan segera atau paling lewat dalam beberapa hari sahaja. Jika anda tidak pernah membuat loan sebelum ini dan bergaji RM 1000.00 keatas,permohonan anda dijamin lulus. Rata-rata bank diatas tidak memerlukan penjamin kerana mengkehendaki pemohon membeli insurans. Hal ini tidak terjadi kepada peminjam yang bekerja di sektor swasta.. Kalau dahulu Bank Rakyat contohnnya mewajibkan pemohon membeli saham mereka. Kini syarat tersebut tidak diguna lagi. Jelasnya hari ini lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi daripada pinjaman pembelian rumah atau pinjaman perniagaan. Kenapa hal ini terjadi?
Pilihan untuk membuat pinjaman peribadi perlu dilakukan hanya selepas meneliti pilihan lain. Alasan paling popular seseorang membuat pinjaman adalah untuk mengkonsolidasikan hutang lain. Perkara ini dilakukan terutamanya bagi mereka yang membuat personal loan di pelbagai bank. Jika anda mengambil pinjaman peribadi cimb untuk alasan ini, adalah penting untuk lunaskan semua hutang lain. Bayar semua hutang piutang yang ada termasuk kad kredit,baki bulanan kereta dan motosikal, pinjaman Court, pinjaman along (jika ada) dan lain-lain. Jika anda tidak lakukan ini anda akan mendapati diri anda masih terbelenggu dengan banyak lagi
bayaran bulanan dan bayaran pinjaman peribadi.
Kadangkala sesetengah individu tidak memenuhi syarat untuk mendapat bantuan kewangan.Walaupun sekarang ini terdapat kemudahan pinjaman PTPTN dan JPA namun tidak semua orang hendak bergantung kepada pinjaman itu. Sesetengah ibubapa rela mengambil personal loan sendiri untuk membiayai anak-anak yang belajar terutama di kolej-kolej swasta yang menyediakan pendidikan yang lebih bermutu.Tambahan pula sekarang ini PTPTN akan mengambil tindakan memotong gaji terus dari peminjam mulai Jun 2011. Jadi tiada lagi sesiapa boleh lari dari membayar setelah mereka bekerja. Maka menggunakan pinjaman peribadi untuk membayar kos pengajian adalah idea bagus.
Bil perubatan dan pembedahan kecemasan boleh memberi beban sangat berat dan boleh menjejas pendapatan bulanan anda. Walaupun anda mempunyai insurans kesihatan, silap haribulan kos perubatan terutama penyakit kritikal tidak mampu ditanggung oleh insurans. Tambahan pula rata-ratanya golongan pekerja biasa hanya mengambil jumlah insurans yang kecil. Maka pinjaman peribadi bank dapat membantu di saat seperti ini dengan ansuran bulanan yang lebih kecil. Ada juga individu menggunakan bsn pinjaman peribadi untuk membayar wang muka rumah kerana mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk itu. Maka pinjaman peribadi boleh membantu orang ramai memiliki rumah dan juga membuat renovation. Kebanyakan harga rumah di bandar-bandar besar hari ini adalah mahal dan sentiasa meningkat. Kebiasaannya 10% pendahuluan diperlukan dan juga termasuk duit lawyer.
Kebanyakan dari kita bekerja begitu keras dan kita jarang dapat mengambil cuti panjang. Personal loan bank boleh membantu merealisasikan impian percutian ke Bali atau ke Thailand. Kebanyakan orang sering memasang impian untuk bercuti ke destinasi seperti itu tetapi mereka tidak dapat mencapainya. Jadi dengan duit loan Bank Rakyat dapatlah kita merasa percutian ke luar negara. Pinjaman peribadi boleh dibuat dengan pelbagai alasan hingga ada yang muflis gara-gara berhutang tanpa memikirkan kesan buruknya. Membuat pinjaman peribadi ada kebaikan dan keburukannya. Saya rasa terdapat lebih banyak alasan yang belum saya sebutkan. Ada yang menggunakan personal loan bank tanpa tujuan tertentu dan suka-suka kerana menurut rakan-rakan.Wang habis begitu sahaja tanpa mendapat hasil apa-apa sedangkan ansuran bulanan 20 tahun menunggu masih belum start dibayar. Kuncinya adalah bertanggungjawab secara kewangan dan pastikan anda secara realistik dan boleh membayar kembali pinjaman peribadi yang dibuat.
p/s- cara buat pinjaman peribadi sekarang dah mudah- untuk kakitangan awam sahaja. Hanya perlu pergi ke bank pilihan contohnya Bank rakyat dan bawa slip bersama pengesahan majikan. Tapi pastikan anda tiada blacklist. Sekarang ni Bank Rakyat tidak memerlukan penjamin lagi, cuma kena bayar insurans.Tempoh pinjaman juga dipanjangkan sehingga 30 tahun dan amaun up to RM 100,000. Satu lagi MBSB (Malaysian Building) juga offer loan peribadi dan mudah untuk apply. Sedikit hari lagi Koperasi Angkasa akan dijadikan sebuah bank maka senangla kakitangan awam nak buat loan lepas ni. :)
Kira loan anda- Personal Loan Calculator
http://www.bankislam.com.my/en/Pages/PersonalCalc.aspx
EditRegion10