Herbalife Malaysia Independent Distributor
Berita Dan Events
Tanpa Ubat Tanpa Suntikan Hanya Dengan Nutrisi
-Selesaikan masalah berat badan anda sehingga 10 kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.
-Tidak perlu senaman,mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!
-Penampilan baru yang lebih muda & sedap mata memandang.
-Daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi.
-Tidak perlu berlapar. Masih boleh makan makanan kegemaran.
-Badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
-Tiada sebarang kesan sampingan.
-Program untuk turun berat badan, langsing badan ,kurus badan,diet secara semulajadi.
Site Categories
-
Apa itu Herbalife?
-
Apa itu Nutrisi selular?
-
Apa itu obesiti?
-
Apa itu Kalori?
-
Apa itu metabolisme?
-
Apa itu Detoksifikasi?
Mobile No +6012-303 4882
|
|
Herbalife Malaysia - Herbalife Malaysia Produk
Perunding dan Pengedar Herbalife Malaysia / Produk Herbalife/ Promosi Herbalife/ Herbalife Online
herbalife malaysia : MAKSIMUMKAN KESIHATAN ANDA DENGAN NUTRISI SELULAR

Kami merupakan pengedar Herbalife Malaysia dan kami ingin berkongsi tips untuk kekal sihat dan muda sentiasa. Perlu anda ketahui bahawa kesihatan yang sejati bermula dari badan yang sihat. Bagi mencapai tujuan ini, anda haruslah mempertingkatkan tahap kesuburan sel di dalam tubuh. Proses ini diberi nama khusus iaitu Nutrisi Selular. Ia kami jadikan sebagai panduan saintifik yang menjana penciptaan rangkaian produk kami. Nutrisi selular adalah proses peningkatan kesihatan tubuh di mana nutrien yang didatangkan dari tumbuh-tumbuhan dikumpulkan dan diproses secara eksklusif lalu dibekalkan kepada sel badan. Ianya lengkap dengan vitamin, anti-oksida dan zat mineral yang perlu untuk penambahbaikan fungsi-fungsi sel.
Sebagai pengedar Herbalife Malaysia kami mengakui bahawa rangkaian produk kami berkemampuan menyampaikan nutrien yang perlu ke seluruh sel badan. Ianya bertindak lebih kepada penambah khasiat kepada diet anda yang sedia ada. Untuk pengetahuan anda, sel badan merupakan unit yang paling kecil di dalam badan tetapi apabila digabungkan ia berupaya memberi tenaga bagi manusia untuk melaksanakan tugasan harian termasuklah dari segi mental dan tumbesaran.
Nutrisi Selular juga direka khas bagi mengoptimakan kesihatan tisu badan atau nama saintifiknya dipanggil vilus. Ia terdiri daripada jaluran halus yang terbina di permukaan dalam usus dan ianya boleh mengawal dan mempercepatkan proses penyerapan nutrien, garam mineral dan vitamin ke dalam badan serta menyahkan toksin daripada badan. Kesihatan vilus adalah penting kerana ia membantu penyerapan khasiat ke dalam badan dan inilah yang membuatkan anda menjadi lebih sihat.
Rangkaian barangan kami berupaya meningkatkan penyerapan nutrisi yang optima kerana kami mempunyai formula saintifik yang istimewa. Oleh kerana kami menggabungkan ramuan yang tinggi kualitinya serta proses pembuatannya yang eksklusif, kesemua barangan kami mempunyai khasiat yang tertinggi.
Anda harus mula menyedari betapa pentingnya pemakanan yang seimbang. Ini adalah kerana jika tubuh tidak mendapat khasiat yang secukupnya ditambah pula dengan kehadiran toksin yang tidak dinyahkan secara berkala, lambat-laun anda akan ditimpa berbagai-bagai penyakit kronik. Anda juga akan tampak lebih tua dari usia sebenar dan tubuh anda lebih menjurus kepada kegemukan serta usaha anda untuk langsing badan menjadi lebih sukar.
kaedah pengawalan berat badan terunggul di persada dunia
Kami dari Herbalife tekad dengan niat kami iaitu menubuhkan kumpulan pengurusan bersifat professional dengan sasaran utamanya ialah untuk menzahirkan syarikat berjenama yang terunggul di bidang pengurusan dan pengawalan berat badan serta penyumbang nutrisi terbesar di dunia. Kumpulan professional ini mengenengahkan kepakaran dan pengalaman mereka khas untuk Herbalife. Rata-ratanya mereka adalah terdiri daripada bekas eksekutif dan professional yang memegang jawatan tertinggi di syarikat-syarikat gergasi dunia.
Kemampuan syarikat dari sudut pandangan Saintifik
Herbalife merupakan sebuah syarikat yang jitu kerana ianya diterajui oleh para saintis, pengkaji perubatan dan perunding nutrisi tersohor yang mana kehadiran mereka telah melonjak nama syarikat ke tahap yang baru. Kini Herbalife telah berada di tahap di mana sukar bagi pesaing untuk mendahuluinya dan justeru itu ianya disegani oleh seantero dunia terutamanya mereka yang terlibat dalam kegiatan dan perdagangan berunsurkan sains.
Herbalife Hari Ini dan Esok
Jika dilihat kepada rangkaian produk pengimbangan berat badan serta pembekalan nutrisi yang berteknologi futuristik di samping layanan berbentuk peribadi yang ditawarkan kepada setiap pelanggan, sememangnya Herbalife sentiasa beriltizam bagi meningkatkan taraf kehidupan dan mencetuskan inspirasi berdasarkan formula yang dibangunkan perintis dengan cara membuka jalan terhadap peluang perniagaan. Herbalife telah beroleh kejayaan besar selama lebih daripada dua puluh tahun dan berjaya memperolehi berjuta-juta pelanggan yang rata-ratanya gembira dengan rangkaian produk yang dibeli. Dengan itu, syarikat ini secara khususnya telah berjaya menghasilkan dunia yang lebih sihat berdasarkan pendekatan ‘satu orang, satu detik’.
Sejarah Penubuhan Herbalife
Mark Hughes merupakan pengasas kepada Herbalife. Dua puluh lima tahun yang lalu, beliau telah merantau ke negara China bagi mendalami bidang herba agar beliau dapat mencipta rangkaian produk yang paling efisien dari segi mengoptimakan kesihatan.
Herbalife amat menitikberatkan kualiti rangkaian produk mereka di samping sentiasa mendapatkan tindakbalas maklum daripada pengedar-pengedar dan pelanggan-pelanggan yang biasanya akan memberi maklumat-maklumat yang amat berguna untuk penambahbaikan produk syarikat. Dengan cara ini Herbalife berupaya memasarkan barangan mereka selari dengan keperluan dan citarasa pelanggan masa kini di samping berpeluang mengikuti perkembangan permintaan pelanggan di masa hadapan.
Tidak kira apa juga produk yang anda ingin pasarkan dari rangkaian Herbalife, anda akan berkeyakinan terhadap barangan-barangan tersebut kerana ianya disokong kuat syarikat yang berkonsepkan konvensional namun mampu menyalurkan ideanya terhadap gaya hidup masa kini agar pengguna dapat menikmati tahap kesihatan yang lebih tinggi.
Herbalife dan Hubung-Kaitnya dengan Permasalahan Berat Badan
Mungkin anda perlu merenung sejenak untuk memikirkan permasalahan yang sering dihadapi apabila seseorang itu ingin menurunkan berat badan. Kebanyakan mereka akan berlapar lalu ini mengakibatkan kekurangan nutrisi di samping pengenduran otot disebabkan kurangnya kandungan protein dan kalori di dalam badan. Sebaik sahaja mereka menamatkan cara berdiet sebegini, penambahan lemak akan berlaku secara drastik sebaliknya otot tidak boleh terbina dengan senang.
Mereka tidak menyedari yang pengamalan diet sebegini adalah tidak tepat kerana cara ini memaksa seseorang itu untuk berlapar. Apabila seseorang itu tidak mengambil kalori yang memenuhi keperluan harian, tubuh akan mencari alternatif seterusnya iaitu mencuri tenaga dengan cara pembakaran protein yang diambil daripada otot. Lemak hanya akan dibakar jika sumber tenaga daripada protein masih tidak mencukupi. Anda mampu untuk kurus badan dengan cara sebegini tetapi ia adalah kaedah yang tidak begitu sihat.
Otot akan menjadi semakin kecil dan kendur berikutan pembakarannya untuk mendapatkan tenaga. Apabila ini berlaku metabolisme badan akan menurun dan sadisnya ia tidak mampu dijana semula begitu sahaja. Ini bermakna anda terpaksa hidup dengan kadar metabolisme yang rendah ini. Jika anda mengamalkan semula tabiat pemakanan yang tidak sihat, sudah semestinya berat badan anda akan bertambah dengan senang dan niat anda untuk kurus badan tidak akan tercapai.
Lebihan tenaga akan disimpan dalam bentuk pengumpulan lemak. Jika perkara ini berlarutan, kadar lemak akan bertambah di dalam tubuh dan ini mengakibatkan obesiti. Anda mampu keluar daripada masalah ini dengan menggunakan Herbalife Shapeworks. Ianya merupakan suatu kaedah pengurusan berat badan yang disokong dari segi sains berdasarkan penemuan pakar-pakar kesihatan tersohor dunia. Program ini selamat digunakan dan semulajadi. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan anda tidak perlu bersenam atau berpuasa di samping ianya sangat berkesan, senang digunakan dan disahkan halal.
Kebaikan Herbalife dan Mengapa Anda Harus Menggunakannya
1. Semua rangkaian produk Herbalife adalah berasaskan teknologi Nutrisi Selular yang bermaksud sel tubuh akan menerima nutrisi yang mencukupi dan selaras dengan keperluan tubuh. Teknologi yang terhasil dari rangkaian produk ini adalah hasil tangan pakar nutrisi tersohor dunia, dipatenkan dan sehingga kini tiada keluaran lain yang setanding dengannya.
2. Usia Herbalife telah menjangkau dua puluh tujuh tahun. Bersandarkan rangkaian produk yang berdaya saing, syarikat ini dapat bertahan sehingga kini. Di sinilah terletaknya keunggulan Herbalife.
3. Ianya juga tersenarai dalam papan utama New York Stock Exchange.
4. Dilengkapi panel penasihat perubatan paling besar di dunia untuk memantau ketinggian kualiti produk.
5. Mempunyai makmal penyelidikan dan penyediaan molekul nutrisi mereka sendiri dan didaftar di bawah nama Mark Hughes, iaitu pengasas syarikat Herbalife. Makmal ini diberi nama Cellular & Molecular Nutrition Lab dan ia terletak di University of California, Los Angeles.
6. Herbalife telah berkembang pesat dan cawangannya dibuka di 65 buah negara. Ini sudah cukup membuktikan yang rangkaian produk syarikat ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.
7. Ada boleh merujuk kepada lebih lima puluh juta testimoni yang ditulis oleh pelanggan dari serata dunia.
8. Produk Herbalife adalah HALAL dan diakui oleh IFANCA.
Adakah HERBALIFE sesuai untuk ANDA?
- Sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda
- Mereka yang berpenyakit atau tidak
- Wanita mengandung dan kanak-kanak
Nutrisi yang terkandung dalam rangkaian produk Herbalife mampu diambil mengikut kesesuaian peribadi bagi mendapatkan tahap kesihatan yang diingini.
Produk ini juga sesuai bagi:
- Penurunan berat badan ideal iaitu antara tiga hingga lima kilogram setiap bulan
- Menambah berat badan bagi mereka yang terlalu kurus dan berupaya mengimbangi berat badan agar tidak turun semula
- Menjadi sumber tenaga, melambatkan penuaan dan merawat kulit bermasalah
- Meninggikan tahap kesihatan dengan merawat penyakit jantung, tekanan darah, migrain, kencing manis dan sebagainya
- Memperbetulkan pemakanan yang kurang sihat dan membantu usaha anda untuk langsing badan dengan cepat
- Mengelakkan penambahan berat badan yang tidak terkawal dan menghindari risiko penyakit
Sertai Herbalife Di Malaysia
Anda bakal menempa kejayaan jika anda membuat keputusan menyertai Herbalife hari ini! Segalanya mudah kerana cawangan Herbalife ada di Malaysia!
Herbalife Distributor Malaysia telah menjalankan operasi sejak 21/1/06. Majlis perasmiannya telah dimeriahkan lagi dengan kedatangan dif-dif kehormat antaranya ahli persatuan ‘Chairman’, kumpulan ‘Presiden’, golongan jutawan dan wakil pengedar dari serata pelusuk dunia. Kehadiran Herbalife di Malaysia telah lama dijangka dan kami yakin ianya akan membawa kebaikan besar di seluruh Asia Pasifik.
![]() |
Untuk maklumat lebih lanjut tentang menjadi pengedar bebas, atau untuk mencari pengedar yang berdekatan kawasan anda sila cal 012-303 4882Perunding dan Pengedar Herbalife Malaysia / Produk Herbalife/ Promosi Herbalife/ Herbalife Online
|
Herbalife Malaysia Independent DistributorHerbalife Malaysia Distributor: Kuala Lumpur KL| Selangor | Ipoh | Taiping | Puchong | Petaling Jaya PJ | Subang Jaya | Seri Kembangan | Penang | Sunway | Shah Alam | Sri Rampai | Serdang | Cheras | Ampang | Damansara | Seremban | Johor| Perak |Pahang | Kuantan| Melaka |
|